Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 6-Apr-2010 01:23
ABPBH: Siti Bersara, Aznil Mahu Lagi




Teks oleh Thani Hasbullah
Foto oleh Mazlan Photography


KUALA LUMPUR, 5 APRIL 2010: Sepanjang 15 tahun Dato Siti Nurhaliza menceburi bidang nyanyian, beliau telah meraih Anugerah Penyanyi Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH1996-2009) selama 14 tahun berturut-turut. Dalam pada waktu yang sama, beliau turut dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sebanyak 7 kali.

Satu pencapaian yang boleh disifatkan cukup luar biasa sekali yang pernah dicapai oleh mana-mana artis atau selebriti tempatan kita. Namun, kemenangan terbaru Siti menerusi 2 kategori di ABPBH2009 dianggap cukup istimewa bagi penyanyi tersohor Malaysia ini.

Lebih-lebih lagi apabila kedua-dua dua anugerah itu mungkin adalah yang terakhir yang dipegangnya. Ini kerana Siti sudah pun membuat keputusan mengundur diri dalam ABPBH pada tahun depan. Katanya, keputusan ini sememang sukar untuk dibuat apatah dia khuatir berita itu mungkin akan mengecewakan peminat.

"Sudah lama Siti berada dalam ABPBH. Acara ini juga yang mengajar Siti untuk menjadi artis dan mengiktiraf Siti hingga ke tahap ini. Siti bukan kata Siti nak bagi peluang kepada orang lain untuk memiliki anugerah ini, sebab ia mungkin menampakkan Siti angkuh.

"Tetapi, sudah tiba masanya yang sesuai untuk Siti berehat dalam penganjuran ini. Selepas mendapat maklum balas daripada pelbagai pihak, ada yang setuju ada yang tidak. Bagi peminat pula, mereka masih lagi boleh berhubung kerana Siti bukannya bersara dalam dunia nyanyian. Malah Siti masih lagi menerima pencalonan pada penganjuran lain.

"Siti masih lagi berada dalam dunia nyanyian dan akan menerbitkan album lagi. Ia sudah menjadi satu perniagaan yang sebati dalam hidup Siti. Siti amat menghargai pengiktirafan yang diberikan ABPBH selama ini dan berterima kasih kepada seluruh peminat Siti yang masih setia menyokong kerjaya Siti. Ia adalah pengalaman yang sangat hebat dalam hidup Siti," katanya sewaktu ditemubual murai.com.my.

Selain Siti, pada acara kemuncak ABPBH, edisi ke-23 malam tadi, ia turut menyaksikan muka-muka lama lain yang masih bertahan seperti Rabbani (Penyanyi Nasyid Popular – 9 kali) diikuti Aznil (Pengacara Lelaki Popular - 7 kali), Fara Fauzana (Penyampai Radio Wanita Popular – 3 kali; Penyampai TV Wanita Popular – 5 kali) dan Faizal Ismail (Penyampai Radio Lelaki Popular – 3 kali).

Artis lain yang kekal memiliki 2 anugerah dalam kategori masing-masing pula adalah Nabil ( Artis Komedi Lelaki Popular ), Noorkhiriah (Artis Komedi Wanita Popular) dan Que Haidar (Pelakon Filem Lelaki Popular).

Bagaimanapun anugerah memberi lebih makan kepada penerima yang julung-julung kalinya naik ke pentas. Rata-ratanya berpendapat tidak menyangka dan teruja ketika menggenggam trofi tersebut.

Mereka adalah Aizat (Penyanyi Lelaki Popular), Bunkface (Artis Berkumpulan), Black (Artis Baru Lelaki Popular), Yuna (Penyanyi Baru Wanita Popular), Liyana Jasmay (Pelakon Filem Wanita Popular), Remy Ishak (Pelakon TV Wanita Popular) dan Tiz Zaqyah (Pelakon TV Wanita Popular).


© Pidgin Technologies Ltd. 2016